MyQCode | Penyedia & Penjana QR Code 7-Dalam-1
# QR Code Generator Generasi Baru
# QR Code vKad
# QR Code Biolink
# QR Code Bisnes Profile
# QR Code Menu Restoren
# QR Code Produk Katalog
# QR Code Leads Form
Modul
Jenis
Bentuk
Stiker
a) Anda seorang usahawan yang perlukan QR Code untuk marketing? Nak buat promo, nak print flyer banyak-banyak, nak lekat di stiker QR Code di pembungkusan produk?
b) Anda sedang mencari QR Code yang bukan biasa-biasa, bukan sekadar kotak-kotak hitam-putih? Nak yang lain daripada yang lain? Nak yang boleh letak logo kita, warna ikut brand kita?
c) Anda dah langgan servis buat QR Code, tapi jumlah scan yang diberi ada had..limit scan ciput sangat sampai terbantut kita nak print QR Code banyak-banyak?
d) Nak langgan servis buat QR Code dari luar negara mahal sangat pulak. Dah lah matawang kita makin menyusut..tak berbaloi!
e) Nak ambik servis buat QR Code yang bukan orang kita, kalau ada apa-apa masalah, nak mintak tolong, support pulak tak faham bahasa kita.
f) Anda mencari vKad atau bisnes kad digital?
g) Anda mencari servis BioLink seperti LinkTree?
h) Anda mencari Menu Restoren dalam bentuk QR Code?
i) Anda ingin membuat Katalog barangan jualan dengan QR Code?
j) Anda ingin membuat Bisnes Profile syarikat anda?
k) Anda ingin mengumpul 'Leads' melalui borang QR Code?
Penjana QR Code beserta vKad, Bio Link, Bisnes Profile, Menu Restoren, Produk Katalog dan Leads Form
QR Code ready-made jenis stiker. Ni jenis yang biasa kita jumpa. Cuma MyQCode bukan sekadar QR Code petak-petak warna hitam yang biasa-biasa tu. QR Code kita boleh diejas teks, ejas ikut warna yang kita suka dan boleh letak logo lagi.
Antara contoh template stiker ready-made yang kita ada. Ada 1400+ jenis font dan boleh guna pelbagai bahasa. Cuma tambah logo, teks dan warna brand anda sahaja.
Dah bosan dengan QR Code jenis stiker biasa-biasa? Jom cuba QR Code design bentuk-bentuk pulak. Dari jauh orang dah nampak brand kita!
Banyak jenis bentuk kita ada. Banyak design. Mesti ada satu yang sesuai dengan keperluan bisnes kita.
Boleh ejas warna, ejas teks, letak logo. Cantik, menarik dan semestinya tertarik!
Apa tu 'vKAD'?
vKAD (vCard atau singkatan untuk Virtual Business Card) adalah bisnes kad dalam bentuk digital.
Di dunia moden sekarang, ramai yang dah beralih dari bisnes kad kertas fesyen lama ke vKad.
Dalam vKad ini, ada butiran-butiran kita untuk disimpan oleh contacts kita secara mengimbas QR Code kita, dan seterusnya di download dan di save ke dalam phone penerima secara AUTOMATIK.
Cuba test scan QR Code di bawah ni atau klik https://qcode.my/luluiman Lepas tu, klik butang ungu kat belah kanan bawah sekali. Tengok apa dia buat. Padu kan?-
Apa itu 'BIO LINK'?
BIO LINK page adalah mikro site atau website mini. Dalam page ni kita boleh letak biodata kita, link URL, medsos, gambar, jual barang, komunikasi dengan pelanggan dan banyak lagi.
Ala-ala Linktree atau Kliktree gituu...
Nak tengok macamana rupa BIO LINK MyQCode kita? Scan jer QR Code bawah ni atau klik https://qcode.my/biolinksaka
BISNES PROFILE adalah Profil Niaga/Syarikat/Korporat yang mengandungi butiran dan informasi berkenaan sesebuah perniagaan atau syarikat.
MyQCode menyediakan BISNES PROFILE mini dalam bentuk digital. Dengan fungsi ini kita boleh buat BISNES PROFILE kita, boleh letak nama kita, nama bisnes, alamat bisnes, senarai produk dan servis, cara berhubung, masa perniagaan serta gambar-gambar bisnes kita.
*Kongsikan QR Code MyQCode atau kongsikan link URL anda seperti ini https://qcode.my/garage-biz di media sosial atau di brochure. BISNES PROFILE kita akan terpapar bila di scan/klik.
Jika kita peniaga restoren atau kedai makan, kita boleh gunakan MyQCode untuk buat MENU RESTOREN macam contoh di bawah ni. Template design semua dah ada. Warna boleh ejas. Cuma letak gambar menu kita, harga dan maklumat makanan.
Bila dah siap, paparkan MyQCode di kedai kita -> pelanggan scan -> terus terpampang MENU di handphone.
Kaedah QR CODE MENU RESTOREN memang berguna masa pelanggan ramai dan kita pulak kekurangan staf/pelayan. Tak lah pelanggan terkial-kial menunggu dilayan semata-mata nak tengok menu jer kan?
QR Code di bawah ni adalah jenis QR Code yang ada bentuk. Boleh scan QR Code berbentuk pinggan di bawah untuk tengok MENU atau klik https://qcode.my/menu.
Cuba try test tengok ;-)
Anda berniaga produk online? Gunakan fungsi MyQCode PRODUK KATALOG untuk mempromosikan produk anda di internet.
Katalogkan semua gambar-gambar produk anda beserta harga -> dan sambungkan link item anda ke borang payment gateway kegemaran anda (seperti OnPay dan sebagainya.)
*Pamerkan QR Code Produk Katalog anda atau kongsikan link URL Produk Katalog anda seperti ini https://qcode.my/catalogue di media sosial atau di pamplet. PRODUK KATALOG kita akan terpapar bila di scan/klik.
'Leads' adalah orang-orang yang berpotensi menjadi pelanggan kita. Di dunia offline contohnya di shopping mall, kebiasaannya kita peniaga akan menarik perhatian 'Leads' ini dengan memberi mereka 'sample' produk jualan kita (seperti tester kuih-muih dan sebagainya) dan kita akan mintak feedback daripada mereka tentang kuih tersebut.
Sebaliknya di online, bagaimana cara kita hendak kumpulkan 'Leads'? Melalui MyQCode LEADS FORM mudah sahaja! Dengan LEADS FORM, anda boleh buat set soalan-soalan, kuiz atau survey feedback tentang bisnes anda. Anda boleh tawarkan hadiah atau kupon diskaun sebagai balasan. Beginilah cara orang-orang bisnes yang bijak kumpulkan Leads mereka.
Berikut adalah contoh LEADS FORM survey untuk pengguna-pengguna Telco - > https://qcode.my/telco-survey < - anda boleh cuba klik dan try isi.
*respon daripada Leads tersebut akan dihantar kepada email langganan MyQCode anda.
Bila kita dah giat berkempen dengan berkongsi QR Code kita di internet, sosial media, atau dah cetak banyak flyer untuk promosi dan marketing, kita mesti nak tahu berapa ramai dah scan QR Code kita kan?
Dalam dashboard MyQCode, kita boleh cek STATISTIK DATA ANALITIK QR Code kita. Bukan sahaja berapa jumlah orang yang dah scan, malah maklumat geografi mereka, dari negeri/negara mana, tarikh, masa dan jenis peralatan yang digunakan (telefon atau komputer) sewaktu scan. Canggih kan?
Maklumat pengguna begini amat penting untuk kita pelajari sama ada kempen promosi kita berjaya atau tidak supaya kita boleh tambah-baik strategi bisnes kita akan datang.
Ini lah rupa dashboard MyQCode kita. Susun-atur dia simple jer. Senang faham. Senang nak kendali.
Masuk dalam dashboard nanti, kalau tak tahu mana nak mula, kita cadangkan terus tengok video. Video-video tutorial langkah-demi-langkah cara buat QR Code dan banyak lagi ada kita sediakan. Bantuan support WhatsApp pun ada.
Banyak lagi ciri-ciri kemasan MyQCode | Penjana QR Code Generasi Baru ini.
Jadi jangan tunggu lagi.
Skrol ke bawah untuk terus melanggan.
QR Codes Sahaja
QR Code + Biolink + vKad + Menu Restoren + Bisnes Profile + Produk Katalog + Leads Form
Semua Dalam Pelan PRO + Extra User (Team)
Kami cuba jawabkan di sini:
Masih ada soalan? WhatsApp kami di sini.Sebagai perbandingan, harga satu QR Code yang kami tawarkan (selain dari Pelan 'TEAM' yang lebih ekonomi) adalah hanya RM1.00 sebulan bagi setiap 1 QR Code, jauh lebih murah daripada penyedia servis yang lain. Sekarang, cuba bandingkan limit jumlah scan yang mereka beri. Ada limit tak?
MyQCode tidak letak limit dalam jumlah scan dan tidak sekat jumlah scan anda, jadi anda tak perlu risau jika QR Code yang anda dah print banyak-banyak, contohnya, disekat kerana dah over limit. Kesimpulannya, kita perlu ambil-kira dan pastikan tempat langganan QR Code di mana-mana pun jangan disekat had scannya. Yang penting ialah jumlah scan. Bukan jumlah QR Code. Kita boleh buat beratus QR Code, tapi jika jumlah scan kena limit, apa gunanya kan?
Ya. Semua itu termasuk dalam had kuota QR Code anda. Maksudnya anda boleh ada seberapa banyak QR Code stiker, vKad, Biolink dan lain-lain sebanyak had kuota yang anda langgan.
Ada. Ini rahsia dia ;-) Ambil Pelan TEAM + 1 Extra User. Cara begini bukan saja lebih mudah, tapi lebih murah! Anda akan dapat 60 QR Code tetapi anda hanya bayar RM45.00/bulan sahaja, sebab Extra User pun akan dapat Pelan PRO tetapi kita hanya caj separuh harga sahaja (RM15.00 @ 1 Extra User.) Tambah lagi, bukan QR Code saja anda dapat, anda juga dapat BIOLINK, vKAD, MENU RESTOREN, BISNES PROFILE, PRODUK KATALOG DAN LEADS FORM. Cara begini memang jimat banyak!
*cuma perlukan email lain-lain untuk setiap User.
QRCode.MY atau MyQCode menyediakan QR Code yang bukan biasa-biasa yang anda jumpa di luar. Kita ada QR Code berbagai bentuk dan rupa. Tapi yang paling istimewanya, MyQCode adalah satu-satunya penjana servis QR Code yang menawarkan bukan hanya QR Code, tapi vKad, Biolink, Menu Restoren, Bisnes Profile, Produk Katalog dan Leads Form - semua-dalam satu!
Pendekata, jika anda melanggan MyQCode, anda akan dapat semua sekali yang disebut di atas. Tak perlu langgan semua tu di tempat lain lagi. :-
Tapi jika anda dah ada semua tu dan hanya nak QR Code saja, tak ada masalah. Boleh saja langgan Pelan LITE.
MyQCode bukan sahaja ada QR CODE, tetapi juga vKAD, BIOLINK, BISNES PROFILE, MENU RESTOREN, PRODUK KATALOG dan LEADS FORM untuk keperluan menyeluruh bisnes anda.